MyGAP

 

MyGAP








1.

Pengenalan

 
  1.1

Amalan Pertanian Baik (APB)

    Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara mampan dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti. Ia juga mengambil kira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.
 
  1.2

Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP)

    Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002, dahulunya dikenali dengan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM) untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB. Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities - Good Agriculture Practices (GAP).
 
2. Objektif
 
  2.1 Menjadi teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
  2.2 Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.
 
3. Kelebihan
 
  3.1 Menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan dimana hasil telah dianalisis dari segi kandungan residu racun makhluk perosak, logam berat dan mikrobial.
  3.2 Alam sekitar terpelihara.
  3.3 Menjamin keselamatan serta kebajikan pekerja ladang.
  3.4 Hasil pertanian dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
  3.5 Membangunkan industri pertanian negara secara mampan dan lestari.
  3.6 Logo MyGAP pada label produk dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan produk tersebut.
 
4. Kriteria Permohonan
 
  4.1

Kategori pemohon adalah seperti berikut :

    i) Persendirian
    ii) Syarikat Swasta
    iii) Peserta Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
    iv) Agensi/Badan Berkanun
    v) Peserta Ladang Kontrak
    vi) Pusat Pertanian dibawah seliaan Jabatan Pertanian
    vii) Peserta Projek Pertanian Moden
 
  4.2

Pemohon hendaklah memastikan :

    i) Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang
    ii) Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil
    iii) Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport
     
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi:

Mygap Negeri Sarawak
Bahagian Kualiti Tanaman
Unit Pensijilan Ladang Tanaman,
Pusat Penyelidikan Pertanian Semengok
Tel Pej.082-611171, Fax 082-611178

Pegawai Untuk Dihubungi
Ketua Penyelaras:SRO John Jadol
Desk Officer Negeri:AAO Ahkaw Nyien anak Noyak
 

Copyright © 2020 Ministry of Food Industry, Commodity And Regional Development Sarawak
Last Updated On 24 Jul 2024

Operating Hours

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45am & 2.15pm to 5.00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Closed
image Polls
image Announcement