NOTIS JAWATAN KOSONG - LEMBAGA INDUSTRI GETAH SARAWAK (SARIB)
Posted on 09 Sep 2026
Lembaga Industri Getah Sarawak (SARIB) dengan ini mempelawa warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan memenuhi syarat kelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan kosong secara Kontrak Perkhidmatan (Contract of Service) bagi tempoh satu (1) tahun seperti berikut:
- Jurutera Pertanian, Gred J12 (Bahagian Pengembangan dan Teknologi)
- Pegawai Pertanian, Gred G9 (Bahagian Pengembangan dan Teknologi)
- Pegawai Tadbir (Teknologi Maklumat), Gred N9 (Bahagian Pengurusan Data)
- Penolong Pegawai Tadbir, Gred N5 (Unit Pengurusan Sumber Manusia)
- Penolong Pegawai Tadbir, Gred N5 (Bahagian Pengurusan Data)
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi), Gred N1 (Unit Pengurusan Sumber Manusia)
- Pembantu Khidmat Am, Gred H1 (Similajau, Bintulu)
Permohonan lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
PENGURUS BESAR
LEMBAGA INDUSTRI GETAH SARAWAK (SARIB)
D/A TINGKAT 2, WISMA SALCRA, NO. 1, LOT 2220,
BLOCK 26, MTLD, JALAN DATO MOHD MUSA,
94300 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.
Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong dan cara untuk memohon bagi jawatan kosong yang tersenarai boleh didapati melalui link di bawah:-
NOTIS JAWATAN KOSONG - LEMBAGA INDUSTRI GETAH SARAWAK (SARIB)
Tarikh Iklan : 9 September 2026
Tarikh Tutup Permohonan : 25 September 2026