Peluang Usahawan Tani kini Dibuka!
Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (SLDB) bersama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) dan Jabatan Pertanian Sarawak (DOA) mempelawa individu yang berminat untuk memohon sebagai peserta Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Agroteknologi Sarawak (SARTECH) Semenggok.
Jangan lepaskan peluang untuk mengusahakan projek pertanian komersial di kawasan SARTECH Semenggok secara aktif dan sepenuh masa.
Tarikh Tutup Permohonan adalah pada 30 September 2026
Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan borang permohonan sekarang. Ayuh bersama memajukan sektor agro Sarawak!