Kursus Pembenihan Udang Galah
29 Nov 2025 - 29 Nov 2025,
Universiti Putra Malaysia Sarawak, Bintulu
Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS)

KURSUS PEMBENIHAN UDANG GALAH
Apa yang menarik berkaitan dengan topik kali ini adalah para peserta akan diberi penerangan serta perkongsian ilmu mengenai biologi dan teknik pembenihan udang galah. Peserta akan menpelajari kaedah pemilihan induk, penjagaan induk, pembenihan, penjagaan larva sehingga peringkat post larva (PL).
Selain itu juga kursus ini menekankan aspek kualiti air, pemakanan serta amalan biosekuriti untuk memastikan pengeluaran benih yang berkualiti tinggi
Tarikh: 29 November 2025 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Pusat Pertanian Putra, UPM Sarawak (Bintulu)
Penceramah: Dr. Kamil Latif
Yuran Penyertaan:
RM180.00 (Peserta luar)
RM150.00 (Staf, Ahli keluarga Staf* dan Pelajar UPM)
Justeru, orang ramai diseru supaya tidak melepaskan peluang keemasan ini memandangkan yuran kemasukan kursus adalah amat berpatutan. Yuran tersebut meliputi kos makanan dan minuman, sijil penyertaan dan nota kursus
Tarikh Tutup: 26 September 2025 (Jumaat)
Link pendaftaran sila klik disini >>> https://forms.gle/kAorQWsHh3Yg1jFMA
For more information, please visit
here