News

Kenal Pasti Potensi Tanaman Agromakanan Komersial DUN Pelagus, Baleh
Posted on : 24 Nov 2022  Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)
 


KHAMIS, 24 NOVEMBER 2022

KUCHING: Kerajaan Sarawak sedang mengenalpasti kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus dan Baleh yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan tanaman agromakanan secara komersial.

Demikian menurut Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak Martin Ben bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19 di sini pada Khamis.

Beliau memberitahu, tanaman agromakanan yang berpotensi untuk dibangunkan di kawasan berkenaan ialah tanaman durian, dabai, dan jagung bijian.

Martin turut memaklumkan, model perniagaan yang dicadangkan untuk diperkenalkan bagi membangunkan sektor pertanian secara komersial di kawasan ini adalah melalui Public-Private-Community Partnership (PPCP).

“Pelaksanaan model ini membabitkan persetujuan bersama antara petani dan syarikat peneraju berteraskan kepada pendekatan sewaan serta pertanian kontrak yang mana hak petani ke atas pemilikan tanah masih kekal dan tidak terjejas.

“Syarikat peneraju juga akan menanggung modal pengurusan dan mengurus aktivit pertanian dan pemasaran hasil pertanian,” katanya.

- Edisi UKAS

Useful Links